Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06 Mei 2024 - Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia 2024

tmk raimi.jpg

Bandar Seri Begawan, Isnin, 26 Syawal 1445H / 06 Mei 2024M

Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin selaku wakil kepada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia 2024 anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Muslim World League (MWL).

Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Haji Raimi bin Awang Tengah, Penolong Ketua Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan.

Persidangan yang bertemakan “Kesatuan Dalam Kepelbagaian" ini akan berlangsung selama sehari pada 07hb Mei 2024 bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, akan dijadualkan untuk menyampaikan Ucaptama Perasmian.

Objektif utama penganjuran Persidangan ini adalah untuk membangunkan wawasan tamadun bersama bagi menyatukan nilai kesederhanaan dan perpaduan, menangani ancaman pemikiran ekstremis dan mengubah konflik kepada persefahaman, kerjasama dan perpaduan.

Persidangan ini adalah kesinambungan daripada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 pada 30 Jun 2022 yang lalu. Dijangkakan seramai 1,500 peserta terdiri daripada para ulama, cendekiawan, pemimpin politik, ahli Parlimen, ahli akademik dan tokoh-tokoh pemimpin agama Islam dan bukan Islam dari lebih 50 buah negara akan turut serta dalam persidangan tersebut.


Attachments