Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

25 Julai 2024 - Timbalan Mufti Hadiri 8th International Annual Conference on Fatwa MUI Studies


Untitled-1.png

Untitled design (6).png

Untitled design (5).png
Untitled design (4).png
Untitled design (7).png

Untitled design (1).png


Timbalan Mufti, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin telah bertolak ke Jakarta, Republik Indonesia pada pagi ini sebagai wakil kepada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan untuk menghadiri 8th International Annual Conference on Fatwa MUI Studies, anjuran Majelis Ulama Indonesia (MUI) bersempena dengan ulang tahun penubuhan MUI.

Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud, Pegawai Istinbat Kanan di Jabatan Mufti Kerajaan.

Acara tahunan ini dijadualkan berlangsung selama empat (3) hari bermula pada 26 sehingga 28 Julai, 2024, bertempat di Hotel Aryaduta, Jakarta, Republik Indonesia. Tema pada kali ini ialah 'Peranan Fatwa Dalam Mewujudkan Kemaslahatan Bangsa.'

Secara umumnya, antara tujuan persidangan ini diadakan adalah bagi menghimpunkan ulama, cendekiawan, ahli akademik dan pengkaji untuk menginspirasi, mendorong dan bersama-sama berfikir secara serius dalam membahas peranan, kedudukan dan khidmat bakti kepada rakyat dan negara yang dibangunkan oleh MUI agar MUI dapat memberikan manfaat yang lebih besar dalam mewujudkan masyarakat Indonesia yang beragama (Mutadayyin) dan beradab (Mutamaddin).



Attachments