Oleh: Awang Osman Abu Bakar
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini telah menerima kunjungan muhibah daripada beberapa tetamu luar negara yang menghadiri Hafl al-Takharruj Universiti Islam Sultan Sharif Ali ke-14.
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz ketika menerima kunjungan muhibah daripada Profesor Dr Nehla, Dr Ali, Sheikh Riad dan Sheikh Mohamad Abdallah. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MUFTI KERAJAAN
Tetamu yang dimaksudkan adalah Prof. Dr. Nehla Shai'idi, Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa, Raes al-Azhar; Dr Ali Zahir, Naib Canselor Islamid Universiti of Maldiv; Sheikh Riad Bazou, Naib Pengerusi Pertubuhan Islamik Foutowa, Lubnan dan Sheikh Mohamad Abdallah El Moghrabi, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Pertubuhan Islamik Foutowa, Lubnan.
Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.
Dalam kunjungan tersebut, Yang Berhormat Pehin dan rombongan tetamu tersebut telah berbincang mengenai hal ehwal Islam dan pendidikan Islam di negara masing-masing.