Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29 Oktober 2024 - Kunjungan Silaturrahim Daripada Pimpinan Yayasan Pondok Pasantren Assalam, Kalimantan Timur, Indonesia

indon.png
WhatsApp Image 2024-10-31 at 15.05.28_feca6bcb.jpg
WhatsApp Image 2024-10-31 at 15.05.27_7f0fb7a5.jpg

Oleh: Rawandi Rafie Yahya

Jabatan Mufti Kerajaan telah menerima Kunjungan Silaturrahim daripada pimpinan Yayasan Pondok Pasantren Assalam Kalimantan Timur, Indonesia. Majlis berlangsung di Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 25 Rabiulakhir, 1446 bersamaan 29 Oktober, 2024.

Kunjungan dari institusi tersebut diketuai oleh KH. Arief Heri Setyawan, Khadimul Ma'had Assalam, dan disertai oleh Haya Hanin Nuwayyar S.Ag, Kader Pendidikan dan H. Parvez Islam M.Engg, Kader Pengembangan Dakwah Pondok Pasantren Assalam, Kutai Barat, Kalimantan Timur.

Menerima rombongan ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman. Turut hadir ialah Ustaz Rosle bin Haji Jumaat, Ketua Urusetia Fatwa; Ustaz Haji Abdul Rahman bin Pengarah Haji Mokti, Ketua Istinbat; Ustaz Haji Awang Mohamad Sofian bin Awang Tengah, Pemangku Ketua Buhuth serta pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan.

Kunjungan Silaturrahim tersebut bertujuan untuk mengembangkan hubungan dan mengambil peluang mengenali lebih dekat tentang Jabatan Mufti Kerajaan dan Pondok Pasantren Assalam. Di samping itu juga untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa ugama dan umat Islam di kedua-dua buah negara.  


Attachments