Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

02 November 2024 - 2 Pegawai Ilmu Jabatan Mufti Kerajaan sebagai Penceramah Sesi Program Perbidanan

news-image-template.jpg

WhatsApp Image 2024-11-05 at 09.36.07_9ed951fa.jpg
WhatsApp Image 2024-11-05 at 09.36.08_b9995bde.jpg
WhatsApp Image 2024-11-05 at 09.36.06_c4415c11.jpg
Politeknik Brunei telah menjemput dua (2) Pegawai Ilmu Jabatan Mufti Kerajaan sebagai penceramah Sesi Program Perbidanan bagi 28 pelajar dari Tahun 3 dari program Diploma in Health Science (Midwifery), modul HW5216 Extended Midwifery Care 1 (Gynaecology & Operating Theatre), pengambilan ke-12, Sekolah Sains Kesihatan, Politeknik Brunei.

Ceramah tersebut telah diadakan pada pada 29 Rabiulakhir 1446 bersamaan 02 November 2024, di Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.

Tajuk ceramah yang pertama telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Noorus Sadiqin binti Haji Md Yassin iaitu ‘Ablution’ & Mandi Nifas. Manakala tajuk ceramah yang kedua telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Siti Khadizah binti Haji Emran iaitu ‘Solat & Fasting’ dan ‘Use of vaginal pessary & douching’.


Attachments