(Oleh: Awang Haji Osman Abu Bakar)
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan ziarah daripada rombongan guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seramai 13 orang dari Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Kampong Perpindahan Mentiri, Brunei Darussalam. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah bekenaan, Cikgu Haji Zulkifli bin Haji Gadong.
Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada hari ini 5 November, 2024.
Mengalu-alukan rombongan di DarulIfta Brunei Darussalam ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman berserta beberapa orang pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan.
Tujuan kunjungan tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan kenangan kepada Yang Berhormat Pehin sempena Jubli Mutiara (30 tahun) tertubuhnya sekolah tersebut pada 1994.
Di dalam ucapan nasihatnya, Yang Berhormat Pehin telah menghuraikan tentang pentingnya persaudaraan seagama, dan perlunya penuntut-penuntut diterapkan dengan pendidikan agama dan akhlak sejak dari kecil lagi.