(Oleh: Awang Haji Osman Abu Bakar)
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan hormat daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Malaysia. Mereka ialah Dr. Mohamad Kori bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM; Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Malaysia dan Encik Md Khairulzaki bin Misbah, Penolong Pengarah Kanan (Sekretariat MABIMS Malaysia), JAKIM.
Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada hari ini 7 November, 2024.
Mengalu-alukan rombongan di DarulIfta Brunei Darussalam ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman berserta beberapa orang pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan.
Pegawai-pegawai tersebut berada di negara ini sebagai wakil Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Kali Ke-48 yang diadakan di negara ini dari 4 hingga 7 November, 2024.
Di dalam pertemuan tersebut, rombongan dari Malaysia itu dan Yang Berhormat Pehin tsama-sama bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan Agama Islam di negara masing-masing.