Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

07 Disember 2024 - Dua pegawai Ilmu JMK menghadiri Nadwah Pemikiran Islam 2024, anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia

1.jpg
WhatsApp Image 2024-12-07 at 11.13.12_76553a17.jpg

3.jpg
Dua (2) pegawai Ilmu Jabatan Mufti Kerajaan telah menghadiri ke Nadwah Pemikiran Islam 2024, anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia, yang telah diadakan pada 07 Disember 2024, bertempat di Royal Park Hotel @ UNITEN, Kajang, Malaysia.

Pegawai-pegawai tersebut ialah Yang Mulia Ustazah Hajah Rennieyanti binti Haji Sunny, Pegawai Buhuth Kanan dan Yang Mulia Ustazah Hajah Azalinah binti Haji Zainal Abidin, Pegawai Istinbat.

Nadwah yang bertemakan “Gemilang Usaha Selamatkan Akidah Ummah” bertujuan memperkukuhkan kefahaman Islam serta memberi pendedahan mendalam berkenaan ancaman terhadap akidah dan pemikiran umat Islam pada masa kini. Dalam pada masa yang sama, ianya juga menjadi platform bagi pakar-pakar dan cendekiawan untuk memperolehi ilmu yang bermanfaat dan bertukar pandangan serta perkongsian ilmu yang mandalam dalam menangani fahaman sesat di Malaysia.


Attachments