Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

24 Januari 2025 - Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Persidangan Antarabangsa “Khair Ummah” Kali Ke-3 di Bangkok, Thailand

Oleh: Rawandi Rafie Yahya


Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hari ini bertolak ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa “Khair Ummah” kali ke-3 untuk negara-negara ASEAN.

Persidangan pada kali ini bertajuk ‘Pengenalan Salafisme dan kebaikannya di negara ASEAN (The Introduction of Salafism and its virtues in ASEAN countries)’ dan akan bersidang selama dua (2) hari bermula 25 sehingga 26 Januari 2025.

Turut mendampingi beliau ke persidangan tersebut ialah Haji Awang Mohammad Sofian bin Awang Tengah, Pemangku Penolong Mufti (Buhuth) di Jabatan Mufti Kerajaan.

Sheikh Dr. Abdullatif Al Alsheikh, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi dijadualkan untuk mempengerusikan persidangan pada kali ini, dan akan dihadiri oleh Menteri-Menteri, Mufti-Mufti, wakil dari Universiti-Universiti, Persatuan-Persatuan Islam, Pemimpin agama dan budaya dari negara-negara ASEAN.

Persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi dan tujuan persidangan tahun ini adalah untuk menyedari sumber-sumber kebaikan yang ada pada negara dan sumbangannya kepada kesejahteraan masyarakat sejagat, memperjuangkan keamanan, keadilan, dan menyebarkan kebaikan. Ia juga bertujuan untuk menekankan usaha institusi-institusi Islam dalam mempromosikan kebajikan negara dan memupuk hubungan yang lebih kukuh antara institusi ini dan tokoh-tokoh Islam berpengaruh untuk bersama mencapai matlamat ini.



Attachments