
Ahad, 24 Syaaban 1446 bersamaan 23 Februari 2025 Penolong Mufti Buhuth, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof telah bertolak ke Perak, Malaysia pada petang ini sebagai wakil kepada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan untuk menghadiri Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah 2025, anjuran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Turut mendampingi beliau ialah Ustaz Mohammad Hilmi bin Yakop, Pegawai Buhuth di Jabatan Mufti Kerajaan.
Muzakarah tersebut dijadualkan berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 24 sehingga 26 Februari, 2025, bertempat di Amanjaya Convention Centre, Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh Perak. Tema pada kali ini ialah “Pemerkasaan Integrasi Antara Fiqh Dan Tasawuf".
Muzakarah ini akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan berserta anakanda-anakanda baginda Sultan Perak Darul Ridzuan.