Persatuan Siswazah Wanita telah menjemput Yang Mulia Ustazah Hajah Norasikin binti Haji Abdul Majid, Pegawai Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan, sebagai penceramah Majlis ilmu: Tazkirah Ramadhan Mubarak 2025, dengan tajuk Ramadhan: Semarak Cinta Al-Qur'an.
Ceramah tersebut telah diadakan pada pada 15 Ramadhan 1446 bersamaan 16 Mac 2025, bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan.