Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

01 May 2025 - Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Persidangan Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa Ke-26 Di Doha, Qatar

Untitled-1.jpg
epot 2.jpg

Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Md Ariffin Sulaiman

Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan selaku ahli tetap Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dan wakil Negara Brunei Darussalam telah bertolak ke Doha, Qatar pada 01 Mei, 2025 bersamaan 03 Zulkaedah, 1446 bagi menghadiri Persidangan Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) Kali Ke-26.

Turut mendampingi beliau ke persidangan tersebut ialah Ustaz Haji Abdul Rahman bin Pengarah Haji Mokti, Ketua Istinbat selaku Pemerhati Tetap dan Ustaz Haji Khairul Anwar bin Haji Muhammad, Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Kerajaan.

Persidangan kali ini dijadualkan berlangsung selama enam (6) hari bermula 03hb sehingga 08hb Mei, 2025. Edisi ke-26 pada kali ini akan menjadi peluang berharga sebagai platform bertukar-tukar pendapat secara ilmiah, meneliti cabaran perundangan kontemporari, dan menawarkan penyelesaian praktikal berdasarkan prinsip Islam.

IIFA ditubuhkan pada Januari 1981 sebagai satu inisiatif dan badan subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Ia adalah sebuah akademi untuk kajian lanjutan Islam yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada kalangan fuqaha, ulama, dan cendekiawan Islam terkemuka yang pakar dalam bidang ilmu perundangan, budaya, saintifik dan ekonomi dari negara-negara anggota OIC.

IIFA juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan dan mengharmonikan perundangan Islam di kalangan mazhab yang berbeza, mencari penyelesaian perundangan untuk isu-isu baharu secara bersama, dan dianggap sebagai salah satu platform paling penting untuk berdialog dan berinteraksi secara ilmiah di kalangan sarjana Islam.


Attachments