
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada para pembentang kertas kerja Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi'i bersempena 60 Tahun Institusi Fatwa Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada hari ini 4 Jun, 2025.
Termasuk dalam kunjungan tersebut ialah Prof.Dr Koutub Moustapha Sano, Secretary General, The International Islamic Fiqh Academy, Jedah dan Professor Dr. Mohamed Abdel Dayem El-Gendy, Secretary-General of the Islamic Research Academy.
Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi'i bersempena 60 Tahun Institusi Fatwa Negara Brunei Darussalam telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan pada 3 Jun, 2025. Persidangan tersebut berlangsung selama 2 hari, bertemakan “Mazhab Syafi'i dalam era digital: Relevan dan Cabaran".