Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

14 Jun 2025 - Timbalan Mufti Kerajaan Membentang Kertas Kerja Di Seminar Pendidikan Fatwa Serantau Di Johor, Malaysia

2025.jpg
IMG_20250614_082036.jpg

Oleh: Rawandi Rafie Yahya

Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan telah bertolak ke Johor, Malaysia pada hari Sabtu, 17 Zulhijah 1446 bersamaan 14 Jun 2025 bagi menyertai dan membentang kertas kerja di Seminar Pendidikan Fatwa Serantau anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut mendampingi beliau ke seminar tersebut ialah Ustaz Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud, Pegawai Istinbat Kanan dan Ustaz Abdul Hafiy bin Yahya, Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Kerajaan.

Yang Mulia Timbalan Mufti akan membentang kertas kerja yang bertajuk “Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Alam Nusantara: Pengalaman Negara Brunei Darussalam " pada seminar yang dijadualkan berlangsung pada 16hb Jun, 2025 itu.

Seminar Pendidikan Fatwa ini merupakan program siri tahunan JAKIM yang dianjurkan bersama Jabatan Mufti Negeri seluruh Malaysia.


Attachments