| 
|
Pada 25 Muharram 1447 bersamaan dengan 21 Julai 2025, seramai 13 pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Sesi Pengajian 2025/2026 telah menamatkan Kursus Latihan Industri di Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Latihan Industri kepada pelajar-pelajar tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan.
Majlis tersebut berlangsung di Ruang Legar, Darulifta’ Brunei Darussalam.
Seramai 9 pelajar dari Fakulti Syariah Program Bachelor of Shariah [Fiqh & Judiciary] dan 3 pelajar dari Program Bachelor of Shariah [Fiqh & Usul] telah menjalani Kursus Latihan Industri di Bahagian Hal Ehwal Keilmuan, manakala, seorang pelajar dari Fakulti Bahasa Arab Program Bachelor of Arabic Language & Translation telah menjalani Kursus Latihan Industri di tiga (3) bahagian iaitu Perpustakaan Islam Brunei, Bahagian Penerbitan dan Penerangan dan Bahagian Urusetia Fatwa.
Pelajar-pelajar tersebut telah menjalani kursus tersebut selama 10 minggu bermula dari 12 Mei 2025 sehingga 21 Julai 2025.