Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29 Julai 2025 - Mufti Kerajaan Menerima Kunjungan Muhibbah Kadi Syar’ie Majlis Agama Islam Wilayah Yala

​Oleh: Hj Osman Abu Bakar


Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan muhibbah daripada Tuan Guru Haji Abdul Basit bin Haji Mahmud Pengetua merangkap Kadi Syar’ie Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Selatan Thailand berserta rombongan seramai empat orang.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada hari ini 29 Julai, 2025.

Dalam kunjungan tersebut, rombongan dari Yala tersebut ingin berkenalan dengan Mufti sambil ingin melihat dari dekat pendidikan dan kemajuan agama Islam di Negara Brunei Darussalam.



Attachments