Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29 Julai 2025 - Kunjungan Hormat Pertubuhan Pembangunan Islam Sabah (PISA)







Jabatan Mufti Kerajaan telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Pembangunan Islam Sabah (PISA) dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Sabah dan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB, JKPK Sabah). Majlis berlangsung di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 04 Safar, 1447 bersamaan 29 Julai, 2025.

Kunjungan dari organisasi-organisasi tersebut diketuai oleh Ustaz Abdul Fatah bin Zakaria, Pensyarah Kolej Darul Quran Islahiyyah (KUDQI) selaku wakil PUM Cawagan Sabah, dan disertai oleh Ustaz Haji Mohd Anuar bin Ali, Pengerusi PISA dan wakil-wakil daripada organisasi yang turut serta.

Menerima rombongan ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusuf; Penolong Mufti (‘Ifta), Dato Seri Setia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah; Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman serta ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan.

Di akhir perjumpaan, rombongan juga telah berkesempatan menemui Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Kunjungan Hormat tersebut bertujuan untuk memperkenalkan organisasi-organisasi yang diwakili serta meneroka peluang untuk membuat kerjasama strategik dan dakwah bersama Jabatan Mufti Kerajaan bagi rantau ini, khususnya di kepulauan Borneo.



Attachments