Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19 Ogos 2025 - Kunjungan daripada Kolej Islam Antarabangsa Bangkok, Universiti Krirk

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya




Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) telah menerima kunjungan daripada perwakilan Kolej Islam Antarabangsa Bangkok, Universiti Krirk, Thailand. Majlis berlangsung di Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 25 Safar, 1447 bersamaan 19 Ogos, 2025.

Kunjungan dari institusi tersebut diketuai oleh Dr. Sarawut Laesun, Penolong Pengerusi Eksekutif bagi Strategi dan Pembangunan, Kolej Islam Antarabangsa Bangkok.

Menerima rombongan ialah Dato Seri Setia Dr. Mazanan bin Hj Yusu, Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan. Turut hadir ialah Dato Seri Setia Dr. Hj Dennie bin Hj Abdullah, Penolong Mufti (Ifta'); Hj Mohd Sofian bin Awang Tengah, Pemangku Penolong Mufti (Buhuth); Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan serta ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan.

Kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada program 5-hari lawatan akademik dan kebudayaan oleh Kolej Islam Antarabangsa Bangkok, Universiti Krirk ke Negara Brunei Darussalam. Tujuan kunjungan ke JMK adalah untuk mengetahui lebih mendalam mengenai peranan penting Mufti Kerajaan di Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam memberikan pendapat perundangan Islam (fatwa), membimbing penggubalan dasar dari sudut Syariah dan memelihara integriti ajaran Islam dalam rangka kerja undang-undang negara. 


Attachments