Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23 Oktober 2025 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Osman Abu Bakar




Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan hormat daripada Mufti Besar Darul Ifta Wilayah 9 dan Palawan, Republik Filipina, Shaikh Abdulwahid Inju bersama rombongan.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 23 Oktober 2025M bersamaan 01 Jamadilawal 1447H.

Turut hadir ialah Pegawai Ministry of Finance, and Budget and Management Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao, Farrell Hazsan E. Usman; Pegawai Ministry of Finance, and Budget and Management Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao, Alameda Hajim M. Andong; dan Pensyarah Mindanao State University, Dr Anwar M Radiamoda.

Rombongan tersebut berada di negara ini dalam rangka menghadiri Syariah Advisory Forum (SAF) 2025 anjuran Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF).

Attachments