Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29 Oktober 2025 - Jabatan Mufti Kerajaan Terima Lawatan Muzakarah Strategik Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan

​​​5.png

4n.png

3.png

1.png
2.png

Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Md Ariffin Sulaiman

Jabatan Mufti Kerajaan telah menerima Lawatan Muzakarah Strategik Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan seramai 15 orang. Majlis berlangsung di Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 07 Jamadilawal, 1447 bersamaan 29 Oktober, 2025.

Lawatan tersebut diketuai oleh Yang Berbahagia Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Faudzinaim bin Badaruddin, dan disertai oleh ahli-ahli jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan dan pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Menerima rombongan ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusuf; Penolong Mufti ('Ifta), Dato Seri Setia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah; Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman serta ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi jalinan lestari yang strategik antara Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam dan Negeri Sembilan.


Attachments