Oleh: Rawandi Rafie Yahya
| 
|
Dua orang pegawai daripada Jabatan Mufti Kerajaan telah menyertai Seminar Kebangsaan Kecerdasan (AI) Dari Perspektif Islam yang diadakan di salah sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Mereka ialah Ustazah Hajah Siti Khadizah Binti Haji Emran, Pegawai Istinbat Kanan dan Ustazah Siti Aishah binti Haji Abu Bakar, Pegawai Buhuth.
Seminar yang berlangsung selama sehari itu diadakan pada 01 November 2025 bersamaan 10 Jamadilawal 1447.
Seramai lebih 200 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli akademik, wakil agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGOs), wakil institusi, pelajar IPT dan orang perseorangan telah menghadiri seminar tersebut.
Dalam seminar ini, pelbagai topik telah diutarakan oleh seramai 12 orang pembentang terdiri daripada para profesional, ahli akademik dan agamawan daripada pelbagai bidang dan sektor, mengetengahkan isu mengenai batasan syariah, etika penggunaan AI serta kesannya terhadap identiti dan nilai keislaman.
Seminar Kebangsaan Kecerdasan Buatan (AI) merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Persatuan Ulama Malaysia sebagai medan wacana ilmiah dan panduan strategik bagi umat Islam memahami dan menanggapi teknologi AI secara kritis, bijaksana dan berpaksi nilai Islam.