Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

25 November 2025 - Kunjungan Hormat Rombongan Menteri Singapura

Oleh: Awang Haji Osman bin A. Bakar



Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Tuan Yang Terutama Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri Republik Singapura.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darul‘ifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 25 November, 2025.

Termasuk dalam kunjungan tersebut Pembantu Khas kepada Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Muhd Izhar Mohd Roslan; Penolong Pengarah, Bahagian Perhubungan dan Penglibatan Masyarakat, Sheryl Tung; Eksekutif Kanan, Bahagian Perhubungan dan Penglibatan Masyarakat, Mohamad Tauhid Mohd Bakhit; Pengarah, Jabatan Khidmat Masyarakat, Bahagian Media selaku Setiausaha Akhbar kepada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Mazlena Mazlan; Penolong Pengurus, Jabatan Khidmat Masyarakat,  Bahagian Media, Danial Shahrin; Ketua Eksekutif, Kadir Maideen; Timbalan Mufti Singapura, Dr Mohd Murat Md Aris dan Hubungan Antarabangsa, Ibrahim Sawifi.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Lawrence Bay, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.

Di dalam pertemuan di Darul‘ifta Brunei Darussalam itu, Yang Berhormat Pehin dan rombongan Singapura telah membincangkan hal ehwal akidah dan fatwa di mana pada asasnya Negara Brunei Darussalam dan Singapura adalah sama-sama berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah.

Mengakhiri kunjungan tersebut, rombongan dari Singapura itu telah dibawa melawat Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB).

Rombongan tersebut berada di negara ini dalam rangka mengadakan lawatan rasmi ke negara ini bermula pada 24hb. Hingga 25hb. Nobember, 2025.



Attachments