Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29 November 2025 - Menerima Kunjungan Hormat Rombongan MAPIM

Oleh: Awang Haji Osman A. Bakar


Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan hormat daripada beberapa ahli Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) diketuai oleh Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darul‘ifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 29 November, 2025.

Kunjungan tersebut juga disertai oleh Datu Wira Syekh Abdul Ghani Samsudin, Ahli Lembaga Shura MAPIM, yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Tuan Sop Sen, Pengerusi First Care Kemboja; Puan Rarfiyas Sen, Ustaz Yusof Abdul Rahman, dan Ustaz Mathly Tes, Ahli-ahli Jawatankuasa First Care Kemboja.

Di dalam pertemuan di Darul‘ifta Brunei Darussalam itu, Yang Berhormat Pehin dan rombongan MAPIM telah membincangkan hal ehwal pendidikan Islam dan penyelidikan serta mengenai projek kemanusiaan dan pembangunan masyarakat serantau.

Turut hadir di dalam pertemuan itu ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin; Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof serta beberapa pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

Rombongan MAPIN tersebut adalah dalam rangka lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam dari 27 hingga 30 November, 2025.




Attachments