Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

13 Januari 2026 - Jabatan Mufti Kerajaan Lancar Buku Baharu Mengenai Ruqyah dan Do’a Penyembuh

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya​​​
Foto: Jabatan Penerangan & Md Zefri Hj Besar









Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku Baharu yang bertajuk "Ayat-Ayat Al-Qur’an Selaku Ruqyah (Jampi) dan Do’a Penyembuh". Majlis berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 13 Januari 2026 bersamaan 23 Rejab 1447.

Hadir selaku Tetamu-Tetamu Khas di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Timbalan Mufti Kerajaan, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Penolong-Penolong Mufti, Pengarah-Pengarah serta pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan. Hadir sama ialah Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Pengetua Pusat Sejarah serta Yang Dipertua Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei (Brunei Breast Cancer Support Group – BBCSG).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Zamiri bin Pengiran Haji Jamaluddin, Pegawai Buhuth Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan. Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa majlis, Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan.

Satu ucapan khas telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, disusuli dengan acara kemuncak iaitu pelancaran rasmi buku "Ayat-Ayat Al-Qur’an Selaku Ruqyah (Jampi) dan Do’a Penyembuh".

Di majlis itu juga, Yang Berhormat Mufti Kerajaan telah menyampaikan satu sesi tazkirah dan bedah buku bagi meningkatkan pemahaman terhadap kandungan buku berkenaan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian waqaf buku oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Pengiran Zamiri bin Pengiran Haji Jamaluddin sebelum para tetamu dijemput bagi menikmati jamuan.




Attachments