Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

24 Februari 2026 - Majlis Pembukaan Tadarus Di Bulan Ramadhan Bagi Jabatan Perdana Menteri Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Tahun 1447h / 2026m
​​1.jpg

2.jpg
3.jpg
4.JPG
5.JPG
6.jpg

7.JPG

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya membuka tirai Majlis Tadarus sempena bulan Ramadhan bagi Tahun 1447H/2026M, bertempat di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rataie, Daerah Temburong pada 6 Ramadhan 1447H bersamaan 24 Februari 2026. Majlis Tadarus ini dikelolakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid tersebut.

Hadir selaku ketua rombongan ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza Bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam). Turut hadir ialah Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan; Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Pemangku Pegawai Daerah Temburong serta Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf ilmu dan barang keperluan masjid yang disampaikan oleh Yang Mulia Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) kepada Yang Mulia Mahdini bin Kamis, Imam Masjid RPN Kampung Rataie.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan tadarus Al-Qur'an bermula dari juzuk 1 yang dimulakan oleh ketua rombongan majlis. Majlis turut diberkati dengan bacaan doa selamat dan solat fardhu Asar berjemaah.

Majlis-majlis keagamaan di bulan Ramadhan seumpama ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Jabatan Perdana Menteri bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini, serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata'ala.


Attachments