
| 
|
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Membaca Yassin dan Tahlil bagi Tahun 1447H/2026M di Ruang Legar, Darulifta' Brunei Darussalam, pada hari Sabtu, 26 Sya'aban 1447 bersamaan 14 Februari 2026.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan; Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti Buhuth; Pemangku Pengarah Pentadbiran, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah yassin yang dipimpin oleh Ustaz Haji Hazimin bin Haji Ibrahim, Pemangku Ketua Urusetia Fatwa. Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Haji Khairul Anwar bin Haji Muhammad, Pegawai Istinbat.