Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis
Pelancaran dua (2) Buku Baharu yang bertajuk "Ayat-Ayat Al-Qur’an Selaku Ruqyah (Jampi)
dan Do’a Penyembuh (Buku 2)” dan “Perang Kastila dan Ugama: Satu Analisa" pada 14 April, 2026M bersamaan 25 Syawal, 1447H. Majlis
berlangsung di Auditorium Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana
Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka
Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka
Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri
Pertahanan II; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz
Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; Yang Berhormat Datin Seri Paduka
Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammad Taib, Peguam Negara; Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Mohd
Said, Ahli Majlis Mesyuarat Diraja; serta Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha
Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan,
serta pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji
Mohammad Ahmad Roza bin Haji Daud, Pemangku Ketua Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan.
Seterusnya, majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa Majlis,
Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan
Mufti Kerajaan, sebelum diteruskan dengan sesi bedah buku yang disampaikan oleh Yang
Mulia Dr. Dayang Hajah Hanan binti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr.
Ustaz Awang Haji Abdul Aziz, Timbalan Dekan, Fakulti Undang-Undang Sultan Haji Hassanal
Bolkiah, Universiti Sultan Sharif Ali.