Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

27 Jun 2026 - Program Bengkel Tatacara Solat Menggunakan Kerusi

Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Md Ariffin Sulaiman

​​




Bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kelonggaran (rukhsah) dalam ibadah, satu Bengkel Tatacara Solat Menggunakan Kerusi telah diadakan di Masjid Kampung Masin. Bengkel dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Masin. 

Program disertai oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada para jemaah dan muslimah serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid tersebut. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Haji Abd Aziz bin Haji Abd Ghani, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara.

Program ini dikendalikan oleh dua orang pegawai yang dijemput daripada Jabatan Mufti Kerajaan selaku fasilitator, iaitu Yang Mulia Ustaz Haji Khairul Anwar bin Haji Muhammad (Pegawai Istinbat) dan Yang Mulia Ustazah Noorus Sadiqin binti Haji Mohd Yassin (Pegawai Buhuth).

Bengkel ini bertujuan khusus untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai hukum serta tatacara pelaksanaan solat menggunakan kerusi bagi individu yang uzur atau tidak mampu berdiri. Langkah ini penting bagi memastikan ibadah solat dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut tuntutan syariat Islam, di samping menyedarkan komuniti tentang kepentingan mempelajari fiqh ibadah.




Attachments