Penolong Mufti (Buhuth) Menyampaikan Sijil Tauliah Amil bagi Tahun 1445 -1446H / 2024-2025M

Penolong Mufti (Buhuth) Menyampaikan Sijil Tauliah Amil bagi Tahun 1445 -1446H / 2024-2025M

Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Tauliah Amil kepada Amil-Amil yang dilantik seluruh Negara bagi Tahun 1445–1446 Hijrah bersamaan 2024–2025 Masihi yang diadakan secara serentak di keempat-empat daerah pada 25 Sya’ban 1445 bersamaan 06 Mac 2024. Bagi majlis di Daerah Tutong, hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan Sijil Tauliah […]

Penolong Mufti (Buhuth) Hadiri Singapore Muslim Festival (SMF) 2024

Penolong Mufti (Buhuth) Hadiri Singapore Muslim Festival (SMF) 2024

Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusuf, Penolong Mufti (Buhuth), hari ini bertolak ke Republik Singapura sebagai wakil kepada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan bagi menghadiri dan seterusnya menyampaikan ceramah di Singapore Muslim Festival (SMF) 2024, […]

Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji Dan Umrah 1445H/2024M kali ke-31

Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji Dan Umrah 1445H/2024M kali ke-31

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah menjemput tiga (3) Pegawai Ilmu Jabatan Mufti Kerajaan sebagai pembentang bagi Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji dan Umrah Tahun 1445H/2024M kali ke-31. Majlis muzakarah tersebut telah diadakan pada Hari Rabu 05 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024, di Dewan Multaqa Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal […]

Penyerahan Sumbangan Jabatan Mufti Kerajaan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023

Penyerahan Sumbangan Jabatan Mufti Kerajaan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, telah menyerahkan sumbangan sejumlah Tujuh Ribu Ringgit (BND7,000.00) kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023, di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pada 03 Rejab 1445H bersamaan 15 Januari 2024. YM Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan telah menyerahkan sumbangan berkenaan kepada […]

Mufti Kerajaan Sampaikan Ucaptama di Seminar Antarabangsa

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menyampaikan ucaptama secara rakaman di Seminar Antarabangsa Pemikiran Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria Dalam Pembangunan Ummah yang berlangsung di Dewan Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia pada 17 Rabiulawal, 1445H, […]

Majlis Ceramah Khas Irsyad Hukum Sempena Sambutan Maulidurrasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam 1445h/2023m

Isnin, 16 Rabiulawal 1445 bersamaan 02 Oktober 2023 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Ceramah Khas Irsyad Hukum sempena Sambutan Maulidurrasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1445H/2023M. Majlis diadakan di Ruang Legar, Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) untuk […]

Mufti Kerajaan Menerima Kunjungan Hormat

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan hormat dua ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Kolonel (B) Pengiran Haji Kamal Bashah bin Pengiran Haji Ahmad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam […]

Perkasa Dakwah dengan Hikmah Bijaksana, Nasihat Baik

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan menjelaskan bahawa istilah “memperkasa” pada akhir-akhir ini sangat popular digunakan, terutama bagi aspek ekonomi. Memang istilah ini bertenaga. Maka dalam bidang dakwah juga ia patut dipakai jika kita mahu dakwah itu bertenaga. Yang Berhormat Pehin […]

Brunei Darussalam Tidak Mahu Terjebak Dalam Religious Moderation Yang mengundang Rosak Akidah

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan berkata Religious Moderation memang sudah sedia ada dalam Islam dan Brunei Darussalam, tegasnya sangat berhati-hati untuk tidak terjebak memuja Moderation ala moden yang mengundang kepada rosak akidah.  Yang Berhormat Pehin menjelaskan perkara tersebut ketika menerima kunjungan Tim Peneliti Universitas […]