Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBersama Mufti 1995-1997

JUDUL
Bersama Mufti 1995-1997
Tahun Diterbitkan: 2014
Halaman: 183 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-41-4
Harga: BND 4.00

Kandungan


Bersama Mufti ialah kumpulan irsyad yang disiarkan melalui Televisyen Brunei sempena hari-hari kebesaran Islam yang disampaikan sendiri oleh Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negra Brunei Darussalam. Di samping Pehin Mufti, terdapat dua siri Bersama Mufti ini yang disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Raja Dato Seri Setia Haji Suhaili bin Haji Mohiddin, Timbalan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Bersama Mufti mempunyai tujuan untuk memberi kesedaran umat Islam tentang perlunya hari kebesaran Islam diberiga dan diraikan dengan penghayatan, semangat atau roh yang ada pada peristiwa yang besar yang berlaku pada hari berkenaan. Sikap umat Islam yang betul terhadap penghayatan hari-hari kebesaran Islam perlulah sentiasa dipupuk dan dibajai, kerana menyambut hari-hari kebesaran Islam bermakna mengingat peristiwa besar yang ada padanya dengan tujuan untuk mengingkatkan keyakinan dan menambah keazaman hidup dan kehidupan untuk menuju keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.