Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 2018

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 2018
Tahun Diterbitkan: 2020
Halaman: 362 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-75-9
Harga: BND 7.00

Kandungan


Pernahkah kita meminum kopi luwak? Apakah kopi luwak itu? Kopi luwak dihasilkan daripada biji kopi yang keluar bersama kotoran (feses) luwak. Bolehkah ia diminum?

Pada dasarnya hukum meminum kopi adalah harus menurut syara'. Minuman kopi adalah halal dan harus meminumnya sama seperti minuman-minuman lain selagi mana minuman itu bukan daripada jenis minuman memudharatkan, memabukkan, najis atau mengandungi najis.

Persoalannya apakah hukum meminum kopi luwak?

Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2018 ini ada jawapannya. Selain daripada itu, banyak lagi penjelasan hukum yang dihuraikan berdasarkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan. Antara persoalan-persoalan yang dihuraikan di dalam buku ini; bersuci menggunakan sabun sertu dan debu tanah tayammum, hukum darah ikan dan air basuhan darah ikan, hukum tarian poco-poco, penggunaan bitcoin menurut syara', hukum pertukaran jantina lelaki ke perempuan dan lain-lain lagi.

Setiap keluarga Islam perlu memiliki buku ini sebagai rujukan dan panduan dalam menjalani kehidupan harian mereka.