Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIrsyad Hukum 2016

JUDUL
Irsyad Hukum 2016
Tahun Diterbitkan: 2018
Halaman: 326 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-57-5
Harga: BND 7.00

Kandungan


Agama Islam adalah sesuai pada setiap masa dan zaman, dari mula ia diturunkan melalui Nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam hinggalah sekarang iaitu zaman yang dikenali sebagai era sains dan teknologi. Dunia tanpa sempadan telah menawarkan berbagai saluran kepada umat Islam masa kini untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang Islam dan hukum syara'. Namun, umat Islam perlu berhati-hati dalam mencari ilmu dan mengikuti pandangan ulama tentang sesuatu isu hukum kerana mereka mungkin boleh tersilap dalam memilihnya.

Irsyad Hukum 2016 menghidangkan berbagai tajuk-tajuk menarik dalam usaha memberi bimbingan dan panduan hukum kepada masyarakat Islam dengan mengupas setiap tajuk berlandaskan dalil dalil al-Qur'an, hadits dan qaul para ulama mu'tabar.

Antara lain, Irsyad Hukum 2016 membincangkan:

  • Menyebar Hadits Melalui Media.
  • Konsep Bid'ah dalam Perspektif Syariat Islam.
  • Istiqamah dalam Beribadat.
  • Perihal Sembahyang Duduk.
  • Sembahyang di Masjid al-Haram: Isu Shaf Sembahyang yang Bercampur di antara Lelaki dengan Perempuan.
  • Puasa Qadha' bagi Pihak Orang Lain.
  • Pengurusan Anggota Manusia yang Terpisah dari Tuannya.
  • Ketahui Larangan-larangan ketika Menziarahi Kubur.

Banyak lagi tajuk lain yang dibincangkan dan perlu diketahui melalui buku ini sebagai sumber rujukan yang shahih dalam menuju ke arah ibadat yang lebih sempurna dan kefahaman tentang hukum syara' yang lebih baik.