Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksOrang Berbank Kita Juga BerbankX



Halaman :    65 muka surat
ISBN        :    99917-33-76-0
Harga      :    B$2.00

    

Kandungan

Buku ini adalah teks ceramah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan sempena Sambutan Awal Tahun Hijriyyah 1428/2007 anjuran Kementerian Kewangan.

Pada Hari ini, dunia perbelanjaan  semakin meluas.  Umat Islam seperti masyarakat lain tidak terkecuali daripada menggunakan mekanisme pengurusan kewangan moden. Kita tidak dapat mengelakkan diri daripada berurusan dengan pusat-pusat kewangan yang tidak memenuhi ciri-ciri yang digariskan oleh Islam.  Kita turut menyimpan, meminjam dan juga membayar Interest. Cukup lama kita turut meringkuk di dalam penjara-penjara riba, sehinggalah lahirnya pakar ekonomi Islam dan penubuhan bank-bank atau institusi kewangan Islam. Setakat pandai berbank sahaja dan setakat mahir berinteraksi dalam pengurusan dan pengendalian bank belum cukup untuk kita kerana ia baru syari‘ahnya sahaja. Kita mesti memasuki dua pertimbangan teras lagi: Aqidah dan Ibadah. 

Dengan pertimbangan Ibadah yang berpaksikan ketaatan, perbankan Islam dapat melepaskan fardhu kifayah dan melepaskan ummah daripada belenggu riba. Dengan pertimbangan itulah kita akan sentiasa ingatkan Allah, sentiasa berniat kerana Allah dan tidak akan bersungut kerana keuntungan yang sedikit dan adanya tuntutan mengeluarkan zakat serta sedekah. Sambil itu kita mengelakkan riba. Kita hendaklah konsisten dan menjalankan sistem perbankan yang dapat menyumbang kepada ekonomi yang lebih kukuh dan maju untuk ummah dan negara. Pertimbangan aqidah pula akan menentukan survival institusi kewangan kita, apabila kita mengimani dengan mendalam bahawa langkah berbank tanpa riba, langkah mengurus dan mengendalikan kewangan mengikut lunas-lunas Islam akan mendatangkan keberkatan daripada redha Allah. Langkah demikianlah yang akan kita kembang dan pertahankan sehingga akhir hayat. Keyakinan bahawa zakat yang dikeluarkan akan menggandakan keuntungan dan sedekah yang diberikan akan mengembangkan lagi urusniaga bank adalah ciri-ciri aqidah yang dapat menyelamatkan ekonomi daripada runtuh dilanda inflasi dan berbagai lagi bencana lain. Beberapa kisah tauladan dinukil oleh penulis untuk dihayati bagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mendidik para sahabat supaya benar-benar yakin dan beriman kepada Allah dalam setiap urusan, khususnya dalam hal rezeki dan kewangan. 

Untuk mendapatkan penjelasan yang sepenuhnya mengenai perkara-perkara tersebut, silalah ikuti seterusnya isi kandungan buku ini yang mengungkap dengan jelasnya apa yang dimaksudkan oleh penulis sebagai “Kita Berbank Dengan Aqidah, Syariah Dan Ibadah”.