Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIBD) telah dibuka rasmi dan dinamakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkian Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Jamadilawal 1422 bersamaan 18 Ogos 2001 bersempena dengan Expo Islam Antarabangsa Pertama yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan.
Objektif Penubuhannya- Menyediakan pusat sumber rujukan Islam yang komprehensif bagi penggunaan secara menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat pada masa kini dan di masa hadapan.
- Berperanan dalam proses pengumpulan, pengembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan Islam tanpa mengambil kira bahasa, aliran dan mazhab dari seluruh dunia untuk manfaat, maslahat kebajikan dan kemajuan umat muslimin seluruhnya.
- Menyokong penyebaran dan penggunaan secara meluas bahan-bahan atau koleksi Islam dalam bentuk buku, majalah, surat khabar, manuskrip dan bahan-bahan bercorak multimedia.
Waktu Dibuka
Isnin - Khamis & Sabtu
8:00 Pagi hingga 12:00 Tengah Hari
2:00 Petang hingga 4:00 Petang
Laman Sesawang Perpustakaan Islam Brunei Darussalam