Kandungan
khlak atau perangai yang baik adalah kunci segala kebaikan. Ianya penting dalam membina kehidupan beragama, bermasyarakat dan bernegara. Oleh sebab itu, akhlak yang terpuji sepatutnya ada dalam diri setiap individu di setiap masa dan keadaan.
Di dalam buku ini dihidangkan kepada pembaca aspek-aspek yang berkaitan dengan akhlak atau adab-adab dalam Islam yang dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki diri agar berakhlak mulia dan terpuji. Berbagai persoalan atau permasalahan turut dipaparkan seperti cara dan hukum-hakam memberi dan menjawab salam, etika-etika bersalaman, menziarahi rumah, tetamu dalam majlis jamuan dan menziarahi orang sakit, bagaimana menghormati guru, hukum bertepuk tangan dan lain-lain lagi.
Kandungan buku ini diambil daripada teks Irsyad Hukum yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam dari tahun 1995 hingga tahun 2020, khusus bagi kategori adab dan akhlak. Pengkhususan pemilihan kategori ini adalah bagi memudahkan umat Islam membuat rujukan mengenainya.