Kandungan
Fatwa Mufti Kerajaan 2023 menjawab 20 persoalan semasa berkaitan dengan 'aqidah, ibadat, muamalat, as-siyasah asy-syar'iyyah dan kebudayaan, yang dijawab oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.
Antara persoalan menarik ialah:
- Hadits berkenaan kelebihan mengucapkan selawat selepas sembahyang fardhu 'Ashar pada hari Jumaat.
- Mengadakan majlis pengislaman secara maya dan melalui rakaman video.
- Menyedekahkan pahala bacaan surah al-Fatihah.
- Pertukaran buku catatan amalan pada malam Nishfu Sya'ban.
- Trading Forex secara follow signal.
- Hukum melakukan In Vitro Fertilization (IVF).
- Permainan claw machine.