Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 2020

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 2020
Tahun Diterbitkan: 2022
Halaman: 277 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-89-6
Harga: BND 7.00

Kandungan


Buku ini mengandungi sebanyak 33 fatwa yang telah difatwakan pada tahun 2020 yang lalu. Selain menjawab beberapa persoalan lazim seperti dalam hal ehwal aqidah, Ibadat, Muamalat, Kebudayaan, Perubatan dan lain-lain, buku ini juga memuatkan beberapa fatwa dalam persoalan dan keraguan hukum semasa menghadapi penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia bermula pada penghujung tahun 2019 yang lalu. Antaranya tentang persoalan Sembahyang berjemaah dengan penjarakan, persoalan Sembahyang Jama’ bagi jururawat pesakit COVID-19 yang memakai Personal Protective Equipment (PPE), persoalan sembahyang berjemaah dengan penjarakan di antara jemaah dalam satu saf dan menunaikan dua Jumaat dalam satu masjid, persoalan menjama’ sembahyang dalam perjalanan ketika penutupan masjid dan surau kerana wabak COVID-19, persoalan penghantaran jemaah haji untuk menunai fardhu Haji dalam situasi pandemik wabak COVID-19, persoalan tentang cara pengurusan jenazah bagi pesakit COVID-19 dan persoalan beberapa isu perubatan berkenaan penularan wabak COVID-19.

Salah satu ciri khas fatwa dalam buku ini ialah bukan sahaja memberikan jawapan terhadap soalan/permasalahan yang ditanyakan dan dipohonkan penjelasan hukum mengenainya, tetapi juga turut menghuraikannya dari berbagai aspek pandangan ulama-ulama mu’tabar Ahli Sunnah wal-Jama’ah, di samping penghuraian tersebut juga penuh dengan ciri-ciri ilmu pengetahuan yang mudah dihayati.