Kandungan
Salah satu perkara paling menggembirakan terutama bagi kanak-kanak ialah ketika menyambut hari lahir. Berbagai cara dilakukan untuk meraikannya. Soalnya, bolehkah orang Islam menyambut hari lahir?
Dalam masa kita mengalami saat genting jangkitan COVID-19 pula, timbul berbagai persoalan. Umpamanya: Bolehkah melakukan sembahyang ghaib ke atas jenazah pesakit COVID-19? Macam mana tentang suntikan vaksin COVID-19 ketika berpuasa dan memakai sungkup muka (face mask) semasa ihram?
Jawaban kepada persoalan ini ada di dalam buku ini. Selain itu, banyak lagi persoalan menarik yang difatwakan untuk dijadikan rujukan.