Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenghayatan Nilai-Nilai Islam Dalam Pasukan Polis Diraja Brunei

​​​​​

JUDUL
Penghayatan Nilai-Nilai Islam Dalam Pasukan Polis Diraja Brunei
Tahun Diterbitkan: 2024
Halaman: 48 Muka Surat
ISBN-13: 978-99984-55-01-6 (Paperback)
Harga: BND 3.00

Kandungan


Tugas seorang polis adalah sangat berat dan berisiko. Di samping alat-alat biasa, seperti kenderaan-kenderaan khusus, perisai-perisai, alat gari, belantan dan senjata api untuk keperluan tugas kepolisian, pasukan polis Islam juga memerlukan satu lagi alat yang asasi iaitu "Kubu Perlindungan Ketuhanan dan Kenabian" sebagai alat keselamatan dan perlindungan ketika menjalankan tugas.

Apakah Kubu Perlindungan Ketuhanan dan Kenabian itu?

Ia satu khazanah yang hanya untuk orang Islam, tidak bagi orang lain. Ia juga satu keberuntungan, namun, keberuntungan itu masih sahaja tertakluk kepada: Sama ada kita tahu atau mengenalinya sekaligus mahu menggunakannya.

Diadaptasi dari Ceramah Perdana Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Maulud Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam 1445/2023 anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei yang lalu, buku ini bukan sahaja untuk bacaan anggota pasukan polis, tetapi juga sesuai untuk bacaan anggota keselamatan yang lain termasuk pegawai-pegawai penguatkuasa dan orang awam, kerana kandungannya menyajikan kita dengan amalan-amalan perlindungan diri khasnya untuk diamalkan ketika dan sebelum kita memulakan setiap tugas dan operasi harian kita.

 

​​