Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIrsyad Hukum 2007

JUDUL
Irsyad Hukum 2007
Tahun Diterbitkan: 2009
Muka Surat: 307 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-87-6
Harga: BND 9.00

Kandungan


Buku Irsyad Hukum 2007 ini mengandungi 35 tajuk dan disusun dalam 11 bab, membincangkan berbagai permasalahan menurut hukum syara'. Kandungan buku ini pada asalnya adalah bimbingan hukum yang disiarkan di dalam akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei sepanjang tahun 2007. Tajuk-tajuk yang dibincangkan mencakupi aspek ibadat, muamalat, kebudayaan, farâ'idh, akhlak dan sebagainya.

Sesuai dengan tajuk buku ini "Irsyad Hukum" (bimbingan hukum), ia memberikan suluhan yang begitu terang dalam permasalahan masyarakat hari ini serta menjelaskan pandangan Islam dan hukumnya yang mungkin sebelum ini tidak diketahui atau dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Irsyad Hukum adalah salah satu sumber rujukan umat Islam yang wajar diberi keutamaan dalam mencari ketentuan hukum, melaksanakan segala perintah dan menjauhkan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala