Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSayangi Ibu Bapa

JUDUL
Sayangi Ibu Bapa
Tahun Diterbitkan: 2016
Halaman: 32 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-30-0
Harga: BND 2.00

Kandungan


***BUKU TERLARIS 2016 SEMPENA PESTA BUKU BRUNEI 2017***

Buku ini paling sedikitnya membahas mengenai betapa perlunya ibu bapa itu disayangi, dihormati dan dipeduli hal ehwal kehidupannya, kerana kalau bukan mereka tiadalah kita di dunia ini.

Pemedulian kita bukan sahaja ketika mereka masih hidup, tetapi juga sesudah mereka tiada lagi di dunia ini. Orang tua atau ibu bapa merupakan segalanya bagi si anak. Oleh kerana itu, sementara mereka masih bemafas, sayangilah mereka.

Menyayangi atau berbakti kepada orang tua atau ibu bapa merupakan ajaran terpenting dalam Islam setelah perintah menyembah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebaliknya, durhaka kepada orang tua merupakan doa besar selepas berbuat syirik kepada Allah. Sebuah hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan mengenai keutamaan orang tua, yang diriwayatkan oleh At-Thabarani yang bermaksud: “Redha Allah bergantung kepada redha orang tua, dan murka Allah bergantung kepada murka orang tua.”

Kesuksessan hidup anak, baik di dunia maupun di akhirat sangat bergantung kepada keredhaan ibu bapa kepada anak. Demikian juga, kederhakaan anak kepada orang tua boleh membawa anak kepada kegagalan dan kesengsaraan hidup.

Sekalung penghargaan kepada penulis, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan di atas sumbangan dalam memperkaya khazanah keilmuan negara ini. Semoga Allah akan terus memberikan ketajaman minda kepada beliau dan terus berkarya dalam menyumbang mutiara keilmuan untuk memartabatkan warisan ilmu Islam.