Kandungan
Penawar dan rahmat dari al-Qur'an sifatnya adalah kukuh. Menggunakan ayat al-Qur'an sebagai ruqyah (jampi) bagi mengubat atau merawat sesuatu penyakit, kesannya lebih daripada kita makan atau minum ubat biasa kerana dengan berawat menggunakan ayat-ayat al-Qur'an, kita bukan sahaja dengan izin Allah akan beroleh kesembuhan tetapi kita akan beroleh keberkatan dan pahala.
Di samping beberapa ayat-ayat al-Qur'an sebagai ruqyah (jampi) bagi merawat beberapa penyakit, buku ini juga dimuatkan dengan kelebihan air zam-zam sebagai penawar dan penyembuh penyakit.