Kandungan
Buku ini sebuah karya berteraskan sejarah dan pemikiran penulisnya. Bukan sekadar menjejaki sejarah peperangan (Perang Kastila), tetapi penulisnya cuba mengangkat peristiwa itu sebagai medan pertembungan tamadun, kuasa asing yang kuat dengan kekuatan pegangan dan aqidah agama seorang raja dengan jati diri seluruh rakyatnya.
Analisa yang disampaikan penulis dalam buku ini memberi gambaran jelas bagaimana agama itu (Islam) bukan sahaja berperanan sebagai pegangan rohani, tetapi juga sebagai sumber kekuatan dalam mempertahankan nilai, jati diri dan identiti bangsa.
Sehubungan dengan itu, maka timbul persoalan bagaimana Brunei mampu memenangi peperangan melawan musuh yang lebih kuat di dalam Perang Kastila ini? Jawabannya ada di dalam buku ini.