Kandungan
Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerjasama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan berumah tangga.
Sebelum dan semasa melayari bahtera perkahwinan itu banyak persoalan yang perlu kepada jawapan untuk memandu perjalanan itu. Ini termasuk memilih jodoh, menyegerakan perkahwinan, akad nikah, walimatul-urus, adab berumah tangga, nasab anak, poligami, perceraian, 'iddah, nafkah dan sebagainya.
Buku ini mengandungi himpunan fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan mengenai hal-hal berumah tangga yang setentunya amat berguna untuk menjadi bahan bacaan dan rujukan dalam melayari bahtera perkahwinan.