Kandungan
Setiap penyakit pasti ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.
Fatwa Mufti Kerajaan 2016 menjawab persoalan semasa berkaitan ibadat, muamalat, al-ahwal asy-syakhshiyyah, makanan, minuman, pakaian, perhiasan, perundangan, as-siyâsah asy-syar'iyyah, akhlak dan al-mutafarriqât yang dijawab oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.
Antara persoalan yang menarik ialah:
- Waktu berbuka puasa dan zakat fitrah di Eropah.
- Hukum lelaki memakai pakaian berjahit ketika berihram kerana masalah air kencing.
- Kedudukan nasab anak yang lahir dari perkahwinan bukan Islam.
- Hukum membuat tatu dalam rawatan breast reconstruction.
- Hukum mengisap vape.