Majlis Doa Kesyukuran Sempena Menyambut 21 Tahun Penubuhan Jabatan Mufti Kerajaan

Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) pada 07 November 2015 telah mengadakan sambutan majlis kesyukuran sempena 21 tahun penubuhannya. Majlis diadakan di surau JMK. Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mufti Kerajaan, Timbalan Mufti Kerajaan dan pegawai-pegawai serta kakitangan JMK. Acara sambutan dimulai dengan bacaan surah al-Faatihah, disusuli dengan ucapan daripada Yang Berhormat Pehin Datu Seri […]
Majlis Kesyukuran Sempena Kenaikan Pangkat

Jabtan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri hari ini 22 Muharram, 1437 bersamaan 4 November, 2015 telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena kenaikan pangkat bagi mantan Timbalan Mufti Kerajaan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin yang dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan bagi […]
Brunei Darussalam di WITCX 2015

Rombongan Brunei Darussalam yang menyertai World Islamic Tourism Conference & Expo 2015 (WITCX 2015) di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur selama 4 hari 27-30hb Oktober 2015, telah kembali ke tanah air hari ini. Pameran yang dipersembahkan di Pavilion Brunei telah menonjolkan Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) dan pembinaan bangunan kekalnya […]
Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Tokoh Islam Indonesia

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan hormat Yang Mulia Dr. (HC) Ahmad Hashim Muzadi, seorang tokoh Islam Indonesia yang pada masa ini sedang berkhidmat sebagai salah seorang Ahli Lembaga Dewan Pertimbangan Presiden Republik Indonesia. Kunjung itu berlangsung di […]
BPIS Menyertai WITCX 2015 di Kuala Lumpur

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Oktober – Dato Paduka Ahmad Bukhari Bin PSRK Haji Abu Hanifah, Pengarah Pentadbiran, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), bersama dua orang pegawai JMK telah berlepas ke Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai delegasi Pusat Promosi Pelancongan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, ke World Islamic Tourism Conference and Expo 2015 (WITCX 2015). Dato […]
Timbalan Mufti berlepas ke Republik Turki

27 Zulhijjah 1436 bersamaan 11 Oktober 2015 Timbalan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr. Hj Japar bin Mat Dain @Maidin hari ini bertolak ke Istanbul, Republik Turki bagi menghadiri persidangan “1st Muslim Religious Leaders Summit for Asia and Pacific Countries”. Persidangan akan berlangsung selama empat hari bermula 13hb sehingga 16hb Oktober, 2015. Turut mengiringi beliau ke […]
95 Asnaf Fakir Miskin Terima Daging Korban

13 Zulhijjah 1436 bersamaan 27 September 2015 Seramai 95 orang asnaf fakir miskin dari 51 orang ketua keluarga dengan 44 orang tanggungan menerima daging ibadah korban Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd. dalam Majlis Ibadah Korban bersama kedua-dua institusi. Kesepakatan antara kedua institusi ini telah berlangsung selama lebih […]
Pesta Buku Borneo 2015

3 Zulhijjah 1436 bersamaan 17 September 2015 Dalam usaha untuk menyebarkan ilmu dan maklumat Fatwa Mufti Kerajaan dan Irsyad Hukum, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri menyertai Pesta Buku Borneo yang telah diadakan di Dewan Pameran 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah pada 3 hingga 10 Zulhijjah, 1436 bersamaan 17 hingga 21 September, 2015. Pesta Buku […]
Lawatan Kerja ke Syarikat Haszai Agro Farm

7 Zulkaedah 1436 bersamaan 22 Ogos 2015​ Seramai 17 orang pegawai Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) terdiri dari ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan ini telah mengadakan lawatan kerja ke Syarikat Haszai Agro Farm Kampong Padang Bukit Udal, Tutong pada 7 Zulqaedah, 1436 bersamaan 22 Ogos, 2015.​​ Lawatan kerja tersebut bertujuan bagi membuat kajian dan […]
Majlis Sambutan Hari Raya dan Pelancaran Buku Terbitan

28 Syawal 1436 bersamaan 13 Ogos 2015 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bagi tahun 2015/1436 bertempat di Ruang Legar Jabatan Mufti Kerajaan pada jam 10.00 pagi. Majlis serupa ini adalah majlis tahunan Jabatan Mufti Kerajaan bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim diantara pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan. Hadir di majlis […]