Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Seminar Ulama’ Pahang Kali Ke-5

Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Seminar Ulama’ Pahang Kali Ke-5

15 Sya’ban 1437 bersamaan 22 Mei 2016 Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hari ini bertolak ke Kuantan, Pahang, Malaysia bagi menghadiri seminar dan seterusnya menjadi Panel Diskusi Seminar Ulama’ Pahang Kali ke-5, Malaysia. Majlis perasmian serta seminar akan diadakan di sebuah hotel di […]

Ceramah Perdana Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2016

Ceramah Perdana Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2016

CERAMAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN HARI KELUARGA 2016: PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA​ Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan menjelaskan bahawa institusi keluarga itu wajar dan mesti diperkukuh, kerana kalau tidak, ia akan berantakan. “Memang wajar institusi keluarga itu mesti diperkukuh, kerana kalau tidak, jawabnya […]

Lawatan Kerajaan Negeri Kelantan ke BPIS

Lawatan Kerajaan Negeri Kelantan ke BPIS

Seramai 10 orang rombongan daripada Kerajaan Negeri Kelantan pada Sabtu, 6 Rabiulahkir 1437H bersamaan 16 Januari, 2016 telah membuat lawatan ke Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS). Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Wan Azimin bin Wan Adnan, Pegawai Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan. Ketibaan rombongan ke BPIS dialu-alukan oleh Yang Mulia Dato Paduka Ahmad […]

Kuliah Bersama Mufti Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad di Masjid Kampong Kapok

Kuliah Bersama Mufti Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad di Masjid Kampong Kapok

JANGAN GELABAH, HILANG PUNCA MENGHADAPI FITNAH Dalam dunia kita akhir-akhir ini, sangat ramai dan rancak orang memfitnah Islam dan tidak terhenti ke atas agama ini sahaja malah juga kepada penganutnya lebih-lebih lagi kepada kepala dan pemimpinnya. Ini satu trend dan bukan baru berlaku pada hari ini, tetapi sudah lama.  Kita lihat sejarah Nabi kita, lantaran […]

Kuliah Bersama Mufti Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad di Masjid Kampong Kasat

Kuliah Bersama Mufti Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad di Masjid Kampong Kasat

PERISTIWA-PERISTIWA BERSEJARAH DISURUH DAN ELOK DIINGATI Hari-hari atau peristiwa-peristiwa bersejarah adalah elok diingati, lebih-lebih lagi hari-hari kebesaran di dalam agama kita adalah sangat-sangat disuruh untuk diingati. Hari-hari begini dinamakan oleh al-Qur’an  sebagai “Ayyamullah” (Hari-hari Allah).  Tetapi setengah manusia hari ini tidak faham, ada pula yang menyuruh supaya jangan diingati dengan alasan perbuatan itu tidak ada […]

Timbalan Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Ketua Komisi Pengawas Haji Indonesia

Timbalan Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Ketua Komisi Pengawas Haji Indonesia

Yang Mulia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan hormat Yang Mulia Drs. H. Slamet Effendy Yusuf, Ketua Komisi Pengawas Haji Indonesia (KPHI) serta delegasi KPHI. Kunjungan itu berlangsung di bilik VIP Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) pada 14 Safar, 1437H bersamaan 26 November, […]

Lawatan Menteri Pemuda & Olahraga Republik Indonesia ke BPIS

Lawatan Menteri Pemuda & Olahraga Republik Indonesia ke BPIS

Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) pada hari Ahad 10 Safar, 1437 bersamaan 22 November, 2015 telah menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Imam Nahrawi, Menteri Pemuda dan Olahraga, Republik Indonesia. Ketibaannya di BPIS dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan, Haji Mohidin bin Haji […]

Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Rabitah Al-’Alam Al-Islami

Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Rabitah Al-’Alam Al-Islami

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti  Kerajaan telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Rabitah al-‘Alam al-Islami Kerajaan Arab Saudi, Dr. Abdullah bin Abdul Mohsen at-Turki. Kunjung itu berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 29 […]

Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Menteri Sekitaran dan Sumber Air Republik Singapura

Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Menteri Sekitaran dan Sumber Air Republik Singapura

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti  Kerajaan telah menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Encik Masagos Zulkifli, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Republik Singapura. Kunjung itu berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 28 Muharram, […]