Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAir Zamzam

JUDUL
Air Zamzam
Tahun Diterbitkan: 2011
Muka Surat: 122 Halaman
ISBN-13: 978-99917-60-24-7
Harga: BND 5.00

Kandungan


Kejadian air Zam-zam yang menurut perkiraaan sejarah telah menjaukau umur sekitar 5000 tahun atau 50 abad adalah salah satu tanda kebesaran Allah yang Maha Agung.

Menurut ulama, air Zamzam adalah salah satu daripada mata air yang berasal dari syurga. Ia juga merupakan limpah kurnia pertama daripada Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim Alaihissalam yang menjadi penghumi pertama kota Makkah yang memancar pada saat genting kehidupan Hajar dan anakandanya Nabi Ismail Alhaihissalam.

Meminum air Zamzam bermakna memimim air dari syurga dan air yang pada mulanya sebagai lumpah kurnia Allah pertama kepada Nabi Ibrahim Allaihissalam.

Apakah yang dapat dikatakan dalam mernyelaskan Zamzam sebagai sebaik-baik air di muka bumi dan kedudukannya yang mulia di sisi Allah? Yang pasti air ini mengandungi berbaik khasiat, keistimewaan dan kelebihan yang tidak terkira banyaknya sesuai dengan maksud hadits yang menyatakan “Air Zamzam ialah untuk apa ia diminum.”

Untuk mengetahui khasiat dan keajaiban air Zamzam, teruskan membaca buku ini sehingga tersingkap rahsia dan keistimewaan air ini.