Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBertabarruk dengan Atsar-Atsar Nabi

JUDUL
Bertabarruk Dengan Atsar-Atsar Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam
Tahun Diterbitkan: 2011
Muka Surat: 51 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-37-1
Harga: BND 3.00

Kandungan


Buku ini sangat berguna untuk menyuntik semangat kita pada mencintai atsar-atsar peninggalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana amalan yang sedemikian bukanlah perkara sia-sia, malah ia adalah sunnah yang dilakukan oleh para sahabat Baginda dan umat Islam terdahulu. Hal ini dapat dibaca dengan huraian yang agak terperinci didalam buku ini iaitu hasil kutipan daripada hadis-hadis dan pendapat para ulama.

Buku ini diterbitkan khusus sempena Expo Islam Antarabangsa Pertama di Negara Brunei Darussalam yang diadakan pada 28 Jamadilawal hingga 12 Jamadilakhir 1422 bersamaan 18 hingga 31 Ogos 2001 yang diniatkan sebagai bahan tabarruk penulisnya kepada pengunjung-pengunjung pameran Expo khasnya dan kepada umat Islam amnya. Salah satu kandungan Expo berkenaan ialah mempamerkan artifak/atsar yang dimansubkm kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam.

Buku ini ditulis oleh Yang Dimuliakan lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.