Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 1997

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 1997
Tahun Diterbitkan: 1999
Muka Surat: 246 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-05-0
Harga: BND 6.00

Kandungan


Fatwa Mufti Kerajaan sepanjang tahun 1997 tetap memelihara identitinya yang memiliki tradisi pendekatan ilmu di mana seorang mustafti (orang yang meminta fatwa) diberikan pendedahan ilmu pengetahuan yang berhubungkait dengan perkara yang disoalnya, dan tidak setakat menyatakan hukum yang ditanyakan sahaja. Dengan demikian fatwa yang disampaikan lebih dihayati oleh mustafti. Buku ini mengandungi ketetapan-ketetapan hukum mengenai perkara-perkara di dalam kehidupan harian umat Islam, mencakup persoalan akidah, syariah dan akhlak.

Apa yang diharapkan ialah bahawa umat Islam akan menghargai buku ini sebagai bacaan dan rujukan yang perlu dimiliki oleh setiap keluarga Islam di Negara Brunei Darussalam khasnya dan umat Islam amnya.